Thursday, April 12, 2012

Membudayakan ICT dikalangan Jururawat



Seiring dengan perkembangan global teknologi maklumat, para Jururawat di Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan di dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (health information system). Bagi  memastikan para pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti, para jururawat perlu menjadikan ICT sebagai salah amalan budaya kerja mereka. Kerja-kerja yang memerlukan banyak masa untuk merekod dapat dilakukan dengan lebih cepat dengan penggunaan ‘bed side monitor’ untuk pengambilan tanda vital, ritma jantung  pesakit, keadaan pesakit dapat dipantau samada di tepi katil atau dikaunter Jururawat, dari segi pengurusan maklumat pesakit, para jururawat adalah golongan professional yang paling ramai sekali menggunakan sistem pengurusan maklumat menggunakan sistem ‘order entry’di hospital untuk mengesan keputusan makmal, x-ray, memesan ubatan, diet. Ini dapat memaksimumkan lagi tugasan para jururawat. Manakala  data/rekod para pesakit dapat dikesan dan disimpan dengan kadar segera serta menjimatkan masa. Melalui rujukan internet, info terkini mengenai jagarawatan, kajian sesuatu penyakit serta pengubatan terkini, dapat diperolehi dengan cepat. Justeru itu keperluan kepada pengetahuan mengenai teknologi dan inovasi di dalam perubatan serta  amalan membudayakan ICT di dalam tugas seharian adalah penting kepada para jururawat agar dapat mengoptimumkan lagi tumpuan penjagaan serta perawatan para pesakit khasnya.
 Kathryn J. Hannah, Marion J. Ball, Margaret J. A. Edwards. 2006. Introduction to Nursing Informatics

8 comments:

Butterfly said...

hyee..byee

Hayati Abd Rahman said...

Menang betul melalui rujukan internet, info terkini mengenai jagarawatan, kajian sesuatu penyakit serta pengubatan terkini, dapat diperolehi dengan cepat. Justeru itu keperluan kepada pengetahuan mengenai teknologi dan inovasi di dalam perubatan serta amalan membudayakan ICT di dalam tugas seharian adalah penting kepada para jururawat .
A134862

Mazita said...

Saya setuju dengan pendapat di atas. Selari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab dalam mengendalikan teknologi berkenaan terutama jururawat. Oleh itu bagi memastikan penguasaan teknologi maklumat dikalangan jururawat, mereka perlu mewujudkan budaya kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teknologi maklumat di dalam urusan kerja seharian jururawat seperti pengambilan tanda vital, merekod laporan kemajuan pesakit, pemberian ubatan dan sebagainya. Dengan kata lain ia dapat mempromosikan penjagaan kesihatan yang lebih efisyen, berkualiti dan selamat berasaskan aplikasi teknologi maklumat.

kumarilachimanan said...

Para jururawat perlu mengikuti perkembangan semasa terutama sekali perkembangan teknologi IT yang terkini, pengetahuan dan skil IT penting dalam usaha meningkatkan lagi kualiti penjagaan pesakit, memudahkan proses rawatan dan penyembuhan, serta mempercepatkan lagi proses kerja/tugasan di wad.

Unknown said...

Terimakasih kawan2 sekalian, diatas komen2 anda...semoga kita dapat meneruskan usaha untuk membudayakan ICT didalam kejururawatan dan seharusnya bersyukur kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru iaitu Inovasi dan Teknologi khasnya di dalam pendidikan, dan tak lupa juga untuk dan memberi tunjuk ajar, dan mempromosikan ICT kepada lain2 rakan/staf yang mungkin tiada peluang..atau masih ketinggalan di dalam ICT...

Anonymous said...

Sangat bersetuju dengan kenyataan di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

NOR RINA MAHAWAR (A134817)

iedayu said...

teknologi ICT bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti didalam perawatan keatas pesakit malahan dapat melahirkan jururawat yang berdaya saing dan berilmu.

Rosnita Abdul Kadir said...

Perkembangan teknologi dalam aktiviti harian sebagai seorang jururawat mesti lah selari dan seimbang. Jururawat perlulah mempelajari teknologi terkini walaupun ianya tidak digunakan sewaktu bekerja. Pendedahan sentiasa kepada teknologi akan membuka minda seseorang jururawat itu adalam membentuk sesuatu idea baru.