Monday, May 7, 2012

5 Langkah bagi memastikan Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:

5 Langkah bagi memastikan bidang Inovasi dan teknologi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:
1. Meningkatkan Prasarana ICT
- Pihak Universiti dan para pentadbirnya perlu menyediakan kemudahan rangkaian komputer/laptop kepada para pelajar dan ahli akademik dengan percuma atau dalam kadar yang lebih murah serta memudahkan lagi warga universiti mengakses internet. 
- Penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Wifi untuk memudahkan penyampaian pendidikan kepada lebih ramai pelajar tanpa batasan jarak dan waktu.
2. Menganjurkan kursus berkaitan e-pembelajaran, latihan ICT dan pengkomputeran, ini sebagai satu usaha kemudahan dan menyediakan sokongan teknologi kepada ahli akademik dan pelajar.
3. Pihak universiti mewajibkan Program Portal e-pembelajaran supaya pelajar dan ahli akademik menggunakannya secara aktif. Seperti Portal e-pembelajaran UKM (SPIN) Uitm (e-pjj, USM dan sbgnya. 
- Pelancaran Malaysia Education Online (MEdo) membawa IPT Malaysia ke arena antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi secara online.
4. Memprluaskan konsep pembelajaran Universiti melalui pendidikan jarak jauh supaya kakitangan bekerja berpeluang meningkatkan pengetahuan dan perkembangan kerjaya. Dimana kuliah dapat dijalankan mengikut fleksibiliti secara telekonferen atau online.
5. Peluang Pembangunan pusat pengajian dan pelepasan masa kakitangan yang terlibat secara langsung dengan e-pembelajaran secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan dan kecekapan ahli akademik terhadap e-pembelajaran.
- Ahli akademik juga perlu bijak merebut peluang kerana e-pembelajaran menjadikan pembelajaran kepada pelajar lebih menarik dan tidak membosankan.
6. Usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta di dalam memberi kemudahan ICT kepada komuniti luar bandara dari segi kemudahan teknologi maklumat, merapatkan jurang digital dan celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar.
- Contohnya kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama perpusatakaan Awam telah memberi kemudahan dan pendedahan ICT serta latihan internet, portal Kerajaan Malaysia dan lain-lain inisiatif ICT kepada komuniti secara 'ICT Road Tour'.
7. Mengadakan Program berteraskan ICT, atasi inisiatif pihak kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan Karnival Usahawan Sosial PID untuk menggalakkan aktiviti keusahawan kepada masyarakat, melahirkan usahawan baru.
- dengan penggunakan saluran online seperti e-kedai di Portal PID (Pusat Internet Desa)www.pid.net.my, para usahawan dapat memperluaskan penjualan produk, promosi produk tempatan dan perkhidmatan dan meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang digital melalui kelas ICT dab bengkel - bengkel keusahawanan.
8. Penyebaran maklumat menggunakan media internet kepada orang ramai seperti:
- Facebook, youtube, blog, laman web, contohnya laman web 1Malaysia.com.my diwujudkan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat negara ini
- Teleperubatan dengan ICT dapat meningkatkan kualiti kesihatan rakyat malaysia amnya, melalui hubungan komunikasi di antara pesakti dan doktor, antara staf perubatan, dapat dilakukan dipelbagai lokasi, secara tidak langsung dapat mempercepatkan pengurusan dan rawatan antara hospital serta memudahkan proses penyimpanan dan pencapaian rekod di hospital.
Nama: Kartina Muhammad Noor
No Matrik : A135605
Tahun Pengajian: Thn 2 (Separuh masa)
Fakulti: Perubatan
email: kartina_noor@yahoo.com, kmuhdnoor@gmail.com
facebook : kartina